Sinopsis dan Tema Komsas Mellisa (Abdullah Hussain)

Sinopsis dan Tema Komsas Mellisa (Abdullah Hussain) - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk Sinopsis dan Tema Komsas Mellisa (Abdullah Hussain), dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.

Masalah pautan : Sinopsis dan Tema Komsas Mellisa (Abdullah Hussain)

See also


Sinopsis dan Tema Komsas Mellisa (Abdullah Hussain)

Nota Rujukan Komsas

Sinopsis dan Tema Komsas Mellisa (Abdullah Hussain)

Sinopsis 

Mellisa
(Abdullah Hussain)
Mellisa, seorang gadis Cina, berasa menyesal kerana mengikut ajakan Farid ke pejabat surat khabar yang menyebabkan dia berkenalan dengan Syahid. Peristiwa itu telah membuatkan dia teringat akan Hisyam. Wajah Syahid menyerupai wajah Hisyam iaitu kawannya sewaktu kecil dahulu. Mellisa terkenang akan kemesraannya bersama-sama dengan Hisyam. Mereka selalu bermain bersama-sama dan Hisyam pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Mellisa apabila mereka sudah besar nanti. Malangnya Hisyam telah terkorban dalam peristiwa 13 Mei. Peristiwa hitam itu sukar luput daripada ingatan Mellisa. Justeru, dia memilih peristiwa 13 Mei sebagai latihan ilmiah untuk sarjana muda dalam bidang Sejarah.

Mellisa jatuh hati kepada Syahid kerana keberaniannya dan hubungan mereka semakin rapat. Namun, keakraban Mellisa dan Syahid tidak lama kerana Mellisa meninggalkan Syahid. Dia mengambil keputusan itu kerana tugas dan tanggungjawabnya kepada tanah air. Dia amat cinta akan negaranya dan memilih untuk mengetepikan perasaan hatinya. Dia menjadi anggota tentera kerana tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang lagi.

Tema

Percintaan antara dua insan yang berbeza budaya.


Mellisa seorang gadis berketurunan Cina, pernah menyulam kasih semasa zaman kanak-kanaknya dengan budak keturunan Minang namun kecundang kerana kematian menjemput Hisyam akibat rusuhan 13 Mei. Setelah dewasa, Mellisa jatuh cinta dengan Syahid yang juga pemuda Melayu dan seiras Hisyam namun akhirnya terpaksa meninggalkan Syahid tanpa berita kerana telah dipanggil bertugas sebagai tentera.



Jadi jawapan kepada soalan Sinopsis dan Tema Komsas Mellisa (Abdullah Hussain)

Semua bahan ini untuk menjawab soalan Sinopsis dan Tema Komsas Mellisa (Abdullah Hussain), Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.

Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran Sinopsis dan Tema Komsas Mellisa (Abdullah Hussain) Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2018/04/sinopsis-dan-tema-komsas-mellisa.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.