Persoalan dan Plot Komsas Mellisa (Abdullah Hussain)

Persoalan dan Plot Komsas Mellisa (Abdullah Hussain) - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk Persoalan dan Plot Komsas Mellisa (Abdullah Hussain), dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.

Masalah pautan : Persoalan dan Plot Komsas Mellisa (Abdullah Hussain)

See also


Persoalan dan Plot Komsas Mellisa (Abdullah Hussain)

Nota Rujukan Komsas Mellisa (Abdullah Hussain)

Persoalan dan Plot Komsas Mellisa (Abdullah Hussain)

Persoalan


  • Persoalan pengorbanan demi cinta akan negara.

Mellisa sanggup mengorbankan keperluan dirinya dengan meninggalkan orang yang dicintai untuk menyahut panggilan mempertahankan negara.

  • Persoalan persengketaan antara kaum

Hasyim dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan Petaling semasa dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara.

  • Persoalan kesedaran terhadap sejarah negara.

Mellisa yang pernah melalui zaman 13 Mei mengkaji sejarah peristiwa itu melalui tesisnya hingga menimbulkan rasa tanggung jawab kepada negara dan tanah air.

Plot

Binaan Plot

  • Permulaan

Mellisa atau Mei terperanjat melihat Syahid yang persis Hisyam kekasih zaman kanak-kanaknya setelah diperkenalkan oleh Farid di pejabat surat khabar. Bagi Mei, Hisyam seolah-olah wujud dalam diri jejaka itu menyebabkan mereka mudah mesra dan akhirnya Mei menerima pelawaan Syahid untuk makan tengah hari. Mei seolah-olah telah jatuh cinta pandang pertama kepada Syahid.

  • Perkembangan

Mei teringat akan Hisyam, hero masa kecilnya yang selalu bermain dan menjaga keselamatannya. Hisyam juga sering menyatakan hasratnya akan mengahwini Mei apabila dewasa kelak. Kematian Hisyam dalam rusuhan kaum 13 Mei cukup berbekas dalam dirinya menyebabkan dia sering dihantui pertanyaan demi pertanyaan tentang punca peristiwa tersebut boleh meletus dalam kehidupan masyarakatnya. Akhirnya, persoalan tersebut mendapat penjelasan apabila Mei menjalankan latihan ilmiah untuk ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah. Hubungan kilatnya dengan Syahid semakin akrab.

  • Klimaks

Mei mendapat panggilan menjadi tentera setelah selesai menghabiskan pengajiannya dalam bidang Sejarah. Keputusan Mei meninggalkan Syahid untuk mencapai impiannya membuahkan perasaan marah dalam diri Syahid kerana Syahid berasa seolah-olah dipermain-mainkan oleh Mei.

  • Peleraian

Akhirnya gadis keturunan Cina ini melupakan keperluan dan angan-angannya untuk menjadi kekasih yang baik dan isteri yang taat demi ingin melihat negara dan rakyatnya hidup dengan aman damai dan harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka. Yang penting sekali agar peristiwa 13 Mei itu tidak akan berulang lagi.



Jadi jawapan kepada soalan Persoalan dan Plot Komsas Mellisa (Abdullah Hussain)

Semua bahan ini untuk menjawab soalan Persoalan dan Plot Komsas Mellisa (Abdullah Hussain), Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.

Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran Persoalan dan Plot Komsas Mellisa (Abdullah Hussain) Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2018/04/persoalan-dan-plot-komsas-mellisa.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.