Sinopsis, Cerpen Memori Seorang Tua (Zahari Affandi)

Sinopsis, Cerpen Memori Seorang Tua (Zahari Affandi) - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk Sinopsis, Cerpen Memori Seorang Tua (Zahari Affandi), dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.

Masalah pautan : Sinopsis, Cerpen Memori Seorang Tua (Zahari Affandi)

See also


Sinopsis, Cerpen Memori Seorang Tua (Zahari Affandi)

Sinopsis, Cerpen Memori Seorang Tua (Zahari Affandi)
  Sinopsis  
Cerpen Memori Seorang Tua
Zahari Affandi

Pak Itam digambarkan seorang sebagai pejuang yang cekal. Dia telah beberapa kali keluar masuk penjara kerana penentangannya terhadap Inggeris. Beliau berhasrat untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85. Beliau turut bercadang untuk menjemput wartawan, mahasiswa universiti serta para penduduk Langat ke majlis berkenan bagi berkongsi kisah perjuangannya. Ketika Pak Itam membaca majalah Mastika lama, beliau tersentuh akan paparan Siti Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika beliau ditahan di penjara Singapura. Itulah kali terakhir beliau menatap wajah dua orang anaknya, Izwan dan Nuryani Iman.

Tuk Mat merupakan orang yang banyak membantu Pak Itam menguruskan segala persiapan untuk majlis itu dan turut dibantu beberapa orang pemuda kampung seperti Isa, Latif dan Jali. Pada hari yng ditetapkan, Pak Itam lengkap berbaju Melayu menyambut tetamu. Orang kampung memenuhi tempat berlangsungnya majlis tersebut, namun Pak Itam kecewa kerana tetamu dari jauh masih belum sampai. Tambah mengecewakan Pak Itam kerana wartawan akhbar dan televisyen tidak muncul.Pak Itam merasakan segala pengorbanannya selama ini telah dilupakan.

Apabila tiba waktu Zuhur, Pak Itam masuk untuk menunaikan solat. Kaih yang cemas cuba memberitahu perkara yang berlaku kepada Pak Itam. Apabila Tuk Mat mendekati Pak Itam yang terbaring di sejadah, beliau dilihat sudah meninggal dunia. Tetamu yang hadir membacakan surah Yasin untuk jenazah. Pada ketika itu, datang seorang perempuan tua mendekati jenazah membawa sejambak ros. Tatkala orang ramai tercengang memikirkan identiti perempuan tersebut, Tuk Mat menyapu air matanya dan menganggap hajat Pak Itam untuk bertemu isterinya, Siti Nurhidayah telah tercapai.



Jadi jawapan kepada soalan Sinopsis, Cerpen Memori Seorang Tua (Zahari Affandi)

Semua bahan ini untuk menjawab soalan Sinopsis, Cerpen Memori Seorang Tua (Zahari Affandi), Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.

Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran Sinopsis, Cerpen Memori Seorang Tua (Zahari Affandi) Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2017/09/sinopsis-cerpen-memori-seorang-tua.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.