LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Watak dan Perwatakan)

LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Watak dan Perwatakan) - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Watak dan Perwatakan), dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.

Masalah pautan : LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Watak dan Perwatakan)

See also


LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Watak dan Perwatakan)

LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Watak dan Perwatakan)

Watak dan Perwatakan

Watak Utama
  • Zahiran
  1. Anak yatim (bapanya telah meninggal dunia semasa ia berusia 10 tahun).
  2. Pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai.
  3. Seorang yang baik hati (membantu Pak Tua menukar tayar jip yang pancit).
  4. Menjadi ketua kumpulan mencari burung bagi menjayakan projek sekolah lestari.
  5. Seorang yang mencintai alam sekitar – dia sedar manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan alam sekitar.
  6. Dapat menguasai nama saintifik beberapa jenis pokok (belajar daripada Pak Tua).
  7. Menjalinkan hubungan erat dengan Pak Tua.
  8. Berjaya mengikis anggapan orang kampung terhadap Pak Tua.
  9. Bertanggungjawab.  Zahiran melaksanakan tugasan yang diarahkan seperti mencari burung.
  10. Rajin berusaha.  Zahiran rajin mengulangkaji pelajarannya dan mempelajari nama-nama saintifik pokok daripada Pak Tua.
  11. Bijak.  Zahiran bijak hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Melaka di Londang.
  12. Bercita-cita untuk menjadi seorang saintis seperti Pak Tua.

Watak Sampingan
  • Pak Tua
  1. Berusia dalam lingkungan 60-an.
  2. Pendiam, selekeh, suka memencilkan diri, tidak mudah mesra.
  3. Hidup bersendirian di sebuah pondok kayu.
  4. Seorang saintis (Profesor Osman Yunus).
  5. Pernah bertugas di Chichago, Amerika Syarikat.
  6. Berharta (mampu membeli 4 hektar tanah di Bukit Bintangor).
  7. Amat cinta akan alam sekitar.
  8. Seorang yang berpengetahuan luas dalam banyak perkara – mengetahui tentang punca penyakit untut yang disebabkan bawaan nyamuk, kegunaan pokok-pokok untuk tujuan perubatan.
  9. Menguasai nama saintifik pokok-pokok.
  10. Banyak idea bernas  - beliau mencetuskan idea penubuhan Tabung Pak Hamid bagi membantu  mengubati penyakitnya).
  11. Seorang yang pemurah - mewakafkan Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.
  • Cikgu Idham
  1. Pengetua baharu di SMK Alor Rambai.
  2. Mengajarkan mata pelajaran Sains Pertanian.
  3. Berusia dalam lingkungan 45 tahun.
  4. Kreatif dan banyak idea.
  5. Memperkenalkan Kempen Amalan Hijau Sekolah dan kitar semula.
  6. Mencetuskan idea menceriakan kawasan sekolah dan mengadakan projek sekolah lestari.
  7. Berfikiran terbuka dan mudah menerima idea Pak Tua untuk bergotong-royong membersihkan kampung serta menubuhkan Tabung Pak Hamid.



Jadi jawapan kepada soalan LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Watak dan Perwatakan)

Semua bahan ini untuk menjawab soalan LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Watak dan Perwatakan), Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.

Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Watak dan Perwatakan) Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/10/lestari-bukit-menghijau-watak-dan.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.