LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Latar)

LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Latar) - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Latar), dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.

Masalah pautan : LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Latar)

See also


LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Latar)

LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Latar)

Latar

Latar Masa

Sekitar tahun 1990-an (buktinya kajian mencari ubat penyakit HIV dan adanya pertandingan Sekolah Lestari).

Peristiwa berlaku pada waktu pagi, petang dan malam
Contoh peristiwa :
  1. Pagi – Zahiran pergi ke Bukit Bintangor untuk berjumpa dan mengenali Pak Tua  dengan lebih rapat.
  2. Petang – Zahiran pergi ke kedai runcit Pak Long Hamad dan dalam perjalanan dia  melihat banyak tumbuhan hijau yang telah dikenalinya.
  3. Malam – Selepas sembahyang Isyak penduduk kampung telah berbincang tentang  cadangan Pak Tua menubuhkan tabung kutipan derma bagi membantu mengubati    penyakit Pak  Hamid.

Latar Tempat

Kampung Alor Rambai
  • Secara keseluruhannya, kebanyakan peristiwa berlaku di Kampung Alor Rambai.
Bukit Bintangor
  • Pak Tua telah menanam pokok bintangor yang hanya terdapat di belantara Sarawak.
Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai
  • Cikgu Idham memperkenalkan Kempen Amalan Hijau Sekolah.
Pondok Pak Tua di kaki Bukit Bintangor
  • Pak Tua hidup bersendirian di pondok kayu di bukit itu.
Kedai Runcit Pak Long Hamad
  • Setiap awal bulan, Pak Tua akan ke kedai runcit Pak Long Hamad untuk membeli barang-barang keperluan dapur.
Rumah Hamzah
  • Pak Tua dan Zahiran mengunjungi rumah Hamzah untuk  melawatnya yang sedang demam.
Hadapan rumah Zahiran
  • Pak Tua menengking Zahiran yang sedang menebang pokok cempaka putih di hadapan rumahnya.
Sungai Jeneri
  • Sewaktu musim hujan lebat, Sungai Jeneri akan dilimpahi air deras dan berbahaya.

Latar Masyarakat

Masyarakat kampung yang suka membuat fitnah.
  • Contoh:  Seleman, Setopa dan Kasa menyebarkan fitnah bahawa Pak Tua terlibat dalam kegiatan haram memproses dadah untuk diedarkan ke bandar-bandar besar seluruh negara.
Masyarakat pendidik yang berwawasan.
  • Contoh:  Cikgu Idham ialah guru yang berwawasan untuk merealisasikan impian pelajar Modal Insan Berdisiplin dan Sekolah Mesra Alam Lestari.
Masyarakat pelajar yang rajin dan bertanggungjawab.
  • Contoh:  Zahiran, Kadir, Hamzah dan rakan-rakannya yang lain rajin dan bertanggungjawab mencari pokok bunga, ikan dan burung yang diamanahkan kepada mereka.
Masyarakat saintis yang membuat uji kaji tentang penawar penyakit.
  • Contoh:  Profesor Osman Yunus bersama dengan beberapa orang pakar botani membuat penyelidikan dan berjaya menghasilkan penawar HIV.



Jadi jawapan kepada soalan LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Latar)

Semua bahan ini untuk menjawab soalan LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Latar), Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.

Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Latar) Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/10/lestari-bukit-menghijau-latar.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.