Watak dan Perwatakan Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain)

Watak dan Perwatakan Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain) - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk Watak dan Perwatakan Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain), dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.

Masalah pautan : Watak dan Perwatakan Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain)

See also


Watak dan Perwatakan Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain)

Watak dan Perwatakan Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain)

Jawapan:

WATAK DAN PERWATAKAN:

Hilmi

  1. Helmi digambarkan sebagai seorang yang rajin. Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat. Datin Salmah dapat bahagikan sayur itu kepada rakan-rakannya.
  2. Hilmi juga seorang yang gigih dan tabah. Hilmi gigih menghadapi cabaran hidup dalam usahanya untuk berjaya. Dia tabah menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah yang tidak menyukainya. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat melalui usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal.
  3. Helmi juga digambarkan seorang yang bercita-cita tinggi. Bermula daripada minat terhadap alat muzik iaitu piano, Helmi telah memasang cita-cita untuk menjadi seorang pemuzik yang berjaya. Hasil daripada dorongan dan galakan daripada Encik Bakar, Hilmi berusaha mengejar impiannya dan akhirnya dia berjaya dalam bidang muzik.
  4. Penulis menggambarkan Hilmi sebagai seorang yang kuat pegangan agama. Hilmi tidak pernah meninggalkan sembahyang lima waktu walau di mana sekalipun dia berada. Sifat ini telah mempengaruhi Hayati sehingga membuatkan Hayati berubah sikap dan mula bersembahyang.
  5. Hilmi amat berkebolehan dan kreatif dalam bidang muzik. Dia dapat memainkan piano dan mengenal kod piano walaupun hanya dengan mendengar Hayati memetik pianonya. Selain itu, dia juga boleh bermain banyak alat muzik dan mencipta banyak lagu sendiri termasuk lagu yang dimainkan semasa persembahannya.

Hayati

  1. Dari segi perwatakan, Hayati digambarkan sebagai seorang yang penyayang. Hayati amat menyayangi Hilmi selepas berasa simpati terhadap nasib Hilmi. Beliau juga amat sedih apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari sehingga menyebabkan beliau berubah sikap. Perubahan sikapnya membuatkan Datin Salmah menjadi resah.
  2. Selain itu, Hayati juga digambarkan oleh pengarang sebagai seorang yang patuh kepada arahan ibunya. Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin walaupun beliau tidak mencintai Mohsin demi menjaga hati ibunya, Datin Salmah. Hal ini dijelaskannya kepada Hilmi semasa mereka bertemu sebelum berangkat ke London.
  3. Sebelum bertemu Hilmi, Hayati seorang yang periang dan lincah serta hidup seperti remaja lain. Apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari, beliau berubah menjadi seorang yang mula mendekatkan diri kepada Tuhan dan mula bersembahyang.

Datin Salmah

  1. Datin Salmah digambarkan sebagai seorang yang sombong dan mementingkan darjat. Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah empat di sekolah rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya. Dia juga menghalang Hayati daripada merapati Hilmi.
  2. Datin Salmah juga digambarkan oleh pengarang sebagai seorang yang mengamalkan budaya hidup secara kebaratan. Dia digambarkan selalu bertemu rakan yang setaraf di ‘Morning Coffee”. Rakan-rakannya juga mengamalkan gaya hidup yang sama. Ekoran daripada budaya hidup seumpama itu, dia menjadi seorang yang tidak beriman. Dia tidak mengerjakan solat. Malah dia terkejut dengan Hayati yang telah mula bersembahyang.
  3. Pengarang juga menggambarkan Datin Salmah sebagai seorang yang percaya kepada kepercayaan tahyul. Contohnya dia mempercayai bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna kepada Hayati apabila Hayati semakin mesra dengan Hilmi dan telah berubah daripada sikap asalnya serta mula bersembahyang.
  4. Datin Salmah digambarkan sebagai seorang yang suka mengongkong. Contohnya Datin Salmah ingin menentukan kehidupan anaknya Hayati. Dia mahu Hayati belajar di London. Dia juga mahukan Hayati berkahwin dengan Mohsin sedangkan Hayati tidak mencintai Mohsin.

Datuk Johari

  1. Dari segi perwatakan, Datuk Johari digambarkan sebagai seorang yang baik hati. Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut memberi pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya.
  2. Selainitu, dia juga seorang yang bijaksana. Dia dapat mengelakkan Hilmi daripada dihalau dari rumah keluar dari rumahnya oleh Datin Salmah setelah merosakkan piano. Datuk Johari mencadangkan supaya Hilmi dipotong gaji sahaja.
  3. Datuk Johari juga seorang yang tiada pegangan agama. Dia hidup seperti masyarakat barat. Sikap ini dapat diperhatikan oleh pembaca kerana di rumahnya terdapat sebuah ‘mini bar’. Beliau seorang peminum minuman keras. Dia juga sudah terlalu lama meninggalkan sembahyang lima waktu.
  4. Penulis juga menggambarkan Datuk Johari sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab. Dia meninggalkan isteri pertama sebaik dikahwininya iaitu ibu Hilmi. Beliau juga tidak pernah mengetahui bahawa Hilmi ialah anaknya sehingga diberitahu oleh Pak Karim. Datuk Johari telah melupakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa.



Jadi jawapan kepada soalan Watak dan Perwatakan Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain)

Semua bahan ini untuk menjawab soalan Watak dan Perwatakan Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain), Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.

Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran Watak dan Perwatakan Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain) Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/09/watak-dan-perwatakan-novel-konserto.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.