Persoalan Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain)

Persoalan Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain) - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk Persoalan Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain), dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.

Masalah pautan : Persoalan Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain)

See also


Persoalan Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain)

Persoalan Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain)
Jawapan:

  • Antara persoalan yang diselitkan oleh penulis dalam novel ini ialah persoalan kegigihan dalam berusaha untuk mengubah kehidupan dan masa depan. Persoalan ini dapat diperhatikan melalui watak utama iaitu Hilmi. Walaupun sering mendapat penghinaan khususnya daripada Datin Salmah, Hilmi dengan dorongan daripada Pak Amat dan Encik Bakar. Dia berusaha gigih dan akhirnya berjaya mencapai cita-citanya iaitu menjadi seorang pemuzik yang terkenal.
  • Penulis juga mengungkapkan persoalan cinta dan kasih sayang sesama manusia. Pembaca mendapat gambaran persoalan  ini melalui perhubungan antara Helmi dengan Hayati dan hubungan antara Hilmi dan Azizah. Cinta dan kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati. Kasih sayang Hayati kepada Helmi bermula daripada perasaan simpati. Setelah berkahwin dengan Mohsin, Hayati tetap cinta kepada Helmi.
  • Pengarang juga menyentuh tentang persoalan pegangan agama dalam masyarakat bandar. Keluarga Datuk Johari tidak solat. Namun sejak kehadiran Helmi, sikap Hayati telah berubah. Dia telah mula solat dan dapat mengembalikan ketenangan hidupnya. Hayati ialah seorang gadis yang penuh dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama melalui ibadah solat dan mendalaminya melalui buku – buku agama.
  • Persoalan sikap segolongan masyarakat yang terlalu mementingkan pangkat dan darjat juga dapat diperhatikan oleh pembaca melalui novel ini. Contohnya Datin Salmah menghina Hilmi kerana menganggap Hilmi hanya seorang pemuda kampung dan tidak berpendidikan tinggi. Demikian juga dengan Azizah yang berasa tawar hati setelah mengetahui bahawa Helmi seorang tukang kebun di rumah Datuk Johari.
  • Berdasarkan hubungan antara Datuk Johari dengan Helmi, penulis ingin mengungkapkan persoalan perpecahan keluarga sehingga membawa kepada penyesalan yang tidak berkesudahan. Helmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Datuk Johari dan Datin Salmah amat menyesal dengan perbuatannya terhadap Helmi sebelum itu sehingga Helmi menderita setelah mengetahui perkara itu. Namun dia tidak sempat menebus kesalahannya kerana Helmi telah meninggal dunia.
  • Selain itu, novel ini juga memaparkan persoalan gaya hidup segolongan masyarakat bandar yang bersifat kebaratan. Contohnya dapat diperhatikan melalui keluarga Datuk Johari sendiri. Datin Salmah sering menghadiri “morning coffee” bersama kawan-kawannya. Manakala di rumah Datuk Johari juga terdapat sebuah “mini bar”. Datin Salmah juga merancang agar Hayati melanjutkan pelajaran di London.
  • Sikap Datin Salmah juga mencerminkan persoalan kepercayaan karut dan khurafat yang masih terdapat dalam kalangan masyarakat hari ini terutamanya masyarakat bandar. Contohnya Datin Salmah percaya bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna terhadap Hayati apabila mendapati Hayati semakin rapat dengan Helmi. Datin Salmah juga menuduh Helmi berbuat demikian apabila melihat Hayati berubah sikap dan mula bersembahyang.



Jadi jawapan kepada soalan Persoalan Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain)

Semua bahan ini untuk menjawab soalan Persoalan Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain), Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.

Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran Persoalan Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain) Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/09/persoalan-novel-konserto-terakhir.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.