Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 11 – Intermeso

Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 11 – Intermeso - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 11 – Intermeso, dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.

Masalah pautan : Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 11 – Intermeso

See also


Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 11 – Intermeso

Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 11 – Intermeso
Jawapan:

Hilmi telah berhenti dari kios minyak petrol kerana akan menjadi anggota salah sebuah quartet yang terkenal di ibu kota. Encik Bakar telah mengambil Hilmi bermain di dalam quartetnya sebagai menggantikan tempat pemain biolanya yang kebetulan telah berpindah ke Pulau Pinang. Pertama kali berlatih Hilmi berasa gugup. Dia berasa mahu menarik diri sahaja daripada quartet tersebut tetapi atas dorongan Encik Bakar semangatnya pulih kembali.

Hilmi memainkan lagu gubahannya “Sebuah Intermeso”. Seluruh hadirin terpesona dan terpegun. Hilmi telah diinterview ( ditemu ramah ) oleh pemberita hiburan dari sebuah surat khabar Inggeris yang terkemuka. Hasil interview itu telah disiarkan di dalam ruangan hiburan akbarnya pada hari yang berikutnya. Datuk Johari juga terpegun ketika melihat gambar Hilmi terpampang di ruangan hiburan surat khabar bertajuk “Penemuan Baru Abad ini Pemain Biola Hikmat Malaysia”.

Hayati tidur di rumah mak ciknya bersama Maimun. Maimun hairan dengan perubahan Hayati yang sudah sembahyang. Perbualan mereka berdua berkisar kepada Hilmi. Maimun tidak menyangka tukang kebun Hayati ada bakat muzik. Hati Hayati bergelodak kerana dia ingin menceritakan perkara sebenar bahawa Hilmi bukan tukang kebun. Daripada akhbar itu Hayati mendapat tahu Hilmi masih berada di Kuala Lumpur dan telah menjadi seorang pemain muzik dalam quartet tetap di Hotel Titiwangsa. Cuma Hayati kesal kerana Mamat sering berdalih apabila ditanya tentang Hilmi.

Pada malam kedua, Encik Bakar mendesak Hilmi memainkan lagunya “Sebuah Intermeso” tanpa
nyanyian. Seluruh hadirin terpesona. Kisah Hilmi mendapat perhatian Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar telah melanggar peraturan perlembagaan persatuannya. Semua pemain muzik di hotel dan kelab-kelab malam hendaklah terdiri daripada anggota-anggota persatuan itu yang sah. Encik Bakar telah menerima surat daripada Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar menganggap itulah masa yang paling malang sekali dalam hidupnya. Dia bukan tidak sedar tentang hal ini, tetapi keadaan terdesak.

Pemain biolanya tiba-tiba berhenti. Encik Bakar mengumpul semua ahli kumpulannya kecuali Hilmi untuk berbincang. Akhirnya mereka sebulat suara menyokong kemasukan Hilmi dalam kumpulan mereka. Hilmi kemudian diberitahu tentang krisis yang terjadi dan tentang keputusan mesyuarat itu. Walaupun keputusan itu dicapai sebulat suara, tetapi meninggalkan kesan yang parah dalam hati Hilmi. Dia berasa kesal kerana menjadi sebab Encik Bakar diancam oleh persatuannya. Walau bagaimanapun pada malam itu mereka bermain seperti biasa.

Seminggu sesudah itu, Encik Bakar telah dipanggil oleh Jawatankuasa Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional untuk menghadapi tuduhan melanggar tatatertib persatuan dan melanggar arahan setiausaha. Tiga jam lamanya ahli jawatankuasa persatuan itu membuat persidangan tertutup. Encik Bakar disuruh menunggu di luar bilik persidangan. Keputusan mesyuarat akhirnya memaafkan Encik Bakar kerana mengenangkan jasa-jasanya terhadap persatuan tersebut dan menerima keahlian Hilmi.



Jadi jawapan kepada soalan Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 11 – Intermeso

Semua bahan ini untuk menjawab soalan Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 11 – Intermeso, Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.

Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 11 – Intermeso Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/09/sinopsis-novel-konserto-terakhir-bab-11.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.