Piagam madinah sejarah

Piagam madinah sejarah - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk Piagam madinah sejarah , dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.

Masalah pautan : Piagam madinah sejarah

See also


Piagam madinah sejarah

Piagam madinah sejarah
Jawapan:
 A) Latar belakang Piagam Madinah
1. Piagam ini dirangka oleh nabi berpandukan wahyu daripada Allah
2. Ia mencatatkan tanggungjawab ketua negara dan rakyat
3. Ia juga hasil persetujuan orang Islam dan bukan Islam
4. 23 fasal tentang orang Islam dan tanggungjawabnya
5. 24 fasal tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuk Yahudi terhadap negara Madinah
6. Perlembagaan ini ialah perlembagaan bertulis pertama digubal di dunia

b) Apakah kandungan Piagam Madinah
1. Politik – nabi ialah pemimpin semua penduduk Madinah, nabi juga ketua hakim berlandaskan musyawarah dan adil
2. Agama – bebas memilih dan mengamal agama tanpa gangguan penganut lain, dan tiada paksaan memeluk Islam
3. Sosial – masyarakat Madinah dianggap ummah, bersatu padu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa
4. Undang – undang Islam – dilaksanakan secara menyeluruh tetapi peraturan keluarga yang sesuai dengan Islam boleh diamalkan. Hukuman dikenakan adalah adil
5. Ekonomi – riba dan penindasan dilarang, tiada diskriminasi
6. Pertahanan – semua penduduk diwajibkan memepertahankan Madinah dari ancaman musuh
7. Kedudukan orang Yahudi mempunyai hak yang sama, hak kebebasan, hak keselamatan, selagi mematuhi Piagam Madinah

c) Apakah kepentingan Piagam Madinah
1. Model pemerintahan berasaskan Islam – agama Islam boleh dilaksanakan dalam negara berbilang agama dan bangsa
2. Kandungannya merangkumi peraturan dunia dan akhirat
3. Dari segi ekonomi amalan riba, menipu tidak dibenarkan, sebaliknya sedekah, keadilan ekonomi digalakkan
4. Nabi berjaya membentuk masyarakat berasaskan ummah, nilai yang ditanamkan ialah ukhuwah Islamiah
5. Konsep keadilan sosial – Islam menekankan persamaandan persaudaraan, tiada perbezaan taraf dalam masyarakat
6. Nabi mempraktikkan amalan positif seperti perpaduan, rela berkorban, Bantu–membantu
7. Syariah Islam yang adil sesuai diikutioleh semua masyarakat
8. Nabi menyusun perlembagaan dahulu sebelum membentuk kerajaan
9. Pemerintahan Islam meletakkan Allah kuasa tertinggi
10. Orang Yahudi tidak boleh menindas kaum Arab
11. Semua bangsa mesti mematuhi peraturan
12. Semua penduduk harus mempertahankan negara Islam.



Jadi jawapan kepada soalan Piagam madinah sejarah

Semua bahan ini untuk menjawab soalan Piagam madinah sejarah , Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.

Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran Piagam madinah sejarah Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/06/piagam-madinah-sejarah.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.