Sinopsis Novel Tirani Bab 13 MATI HIDUP SEMULA

Sinopsis Novel Tirani Bab 13 MATI HIDUP SEMULA - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk Sinopsis Novel Tirani Bab 13 MATI HIDUP SEMULA, dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.

Masalah pautan : Sinopsis Novel Tirani Bab 13 MATI HIDUP SEMULA

See also


Sinopsis Novel Tirani Bab 13 MATI HIDUP SEMULA

Sinopsis Novel Tirani Bab 13 MATI HIDUP SEMULA
Jawapan:

BAB 13: MATI HIDUP SEMULA

Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaaah statistic pelancongan yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannuya bernilai RM60juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan  kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi.  Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman.  Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.

Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa selamat di rumah Dtuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di SMCuntuk menerima rawatan.

Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan telah menembahkan kerungsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahu hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walaubagaimanapun, proses tersebut Berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.

Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu  oleh Anati bahawa Waheeda berada di SMC. Zahid bergegas ke sana.  Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin  menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami selsema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.



Jadi jawapan kepada soalan Sinopsis Novel Tirani Bab 13 MATI HIDUP SEMULA

Semua bahan ini untuk menjawab soalan Sinopsis Novel Tirani Bab 13 MATI HIDUP SEMULA, Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.

Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran Sinopsis Novel Tirani Bab 13 MATI HIDUP SEMULA Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/08/sinopsis-novel-tirani-bab-13-mati-hidup.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.