Sajak Dalam Persekitaran Kata-kata (Baha Zain)

Sajak Dalam Persekitaran Kata-kata (Baha Zain) - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk Sajak Dalam Persekitaran Kata-kata (Baha Zain), dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.

Masalah pautan : Sajak Dalam Persekitaran Kata-kata (Baha Zain)

See also


Sajak Dalam Persekitaran Kata-kata (Baha Zain)

Sajak Dalam Persekitaran Kata-kata (Baha Zain)

Rangkap 1
Tuhan yang menciptakan manusia. Dialah yang membolehkan manusia bertutur dan menerima kenyataan.

Rangkap 2
Tuhan telah mengurniakan manusia kebijaksanaan  untuk berbicara tentang apa-apa yang tergores dalam jiwanya dan apa-apa yang terfikir dalam mindanya. Manusia telah bertutur dalam pelbagai bahasa mengikut tempat dan zaman yang berbeza.

Rangkap 3
Tuhan menciptakan manusia pelbagai bangsa dan rupa fizikal. Manusia mengembara dan menghuni serata alam untuk mencari rezeki.

Rangkap 4
Unsur-unsur alam menjadi dalil bagi mengesakan Allah berpandukan Al-Quran dan hadis serta kitab-kitab terdahulu. Daripadanya juga kita memperbaiki persepsi kehidupan.

Rangkap 5
Percakapan atau ungkapan yang dituturkan dapat menambah pengetuahuan dan membuatkan manusia menghargai kewujudan diri.

Tema sajak:

Kepentingan berbahasa dan hubungan manusia dengan tuhan.
Contoh: Kebolehan berbahasa kurniaan Tuhan telah membolehkan tamadun manusia berkembang dan generasi ke generasi dan  dari satu tempat ke satu tempat.

Persoalan:

Persoalan  sikap bersyukur  ke atas anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
Contoh: Penyajak menyedari bahawa Tuhan telah mengurniakan kepada manusia kebijaksanaan untuk berbicara.

Persoalan kepentingan bahasa kepada  manusia.
Contoh: Manusia telah menggunakan kebijaksanaan akal untuk mengembangkan bahasa sehingga bahasa berbeza mengikut tempat dan zaman.

Persoalan sifat kesempurnaan manusia yang dianugerahkan Allah
Contoh: Manusia pelbagai bangsa dan rupa telah diciptakan oleh Allah lalu bertebaran mereka ke serata alam.

Persoalan kekuasaan Allah menciptakan alam semesta
Contoh: Manusia mengakui keimanan kepada Allah dengan melihat kepada alam semesta.

Persoalan peranan bahasa dalam sistem perhubungan.
Contoh: Bahasa dapat menambah pengalaman seseorang dan memahami hubungan sesama manusia dan hubungan dengan pencipta



Jadi jawapan kepada soalan Sajak Dalam Persekitaran Kata-kata (Baha Zain)

Semua bahan ini untuk menjawab soalan Sajak Dalam Persekitaran Kata-kata (Baha Zain), Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.

Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran Sajak Dalam Persekitaran Kata-kata (Baha Zain) Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/08/sajak-dalam-persekitaran-kata-kata-baha.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.