Maksud , Tema, Persoalan Sajak Roti (Ahmad Syahrul Wahid)

Maksud , Tema, Persoalan Sajak Roti (Ahmad Syahrul Wahid) - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk Maksud , Tema, Persoalan Sajak Roti (Ahmad Syahrul Wahid), dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.

Masalah pautan : Maksud , Tema, Persoalan Sajak Roti (Ahmad Syahrul Wahid)

See also


Maksud , Tema, Persoalan Sajak Roti (Ahmad Syahrul Wahid)

Sajak Roti:
Ahmad Syahrul Wahid

Dari cerobong dapur
asap berjelaga berkepul
terkecur liur
harum berbau juadah tersohor.

Perut yang lapar
selera kian meggelepar
menanti roti dibakar
rangup dan segar
terhidang seumpama permaidani terhampar.

Kalau roti di depan mata
nafsu makan pun bergelora
berkeping-keping menggegar selera
perut pun kenyang terasa
tenang bersendawa.

Bagi pemilik iman di dada
sendawa itu tidak sempurna
masih ada beban di bahu mereka
warga miskin belum terbela
masih merintih lapar dahaga.

Bila begitu selamanya
kalimah syukur pun jelas tertera
di hati sanubari warga dunia
melangit damai dirasa
percikan iman segar berwarna.

(Dipetik daripada Sajak Roti Antologi Baik Budi Indah Bahasa, Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Maksud , Tema, Persoalan Sajak Roti (Ahmad Syahrul Wahid)
Jawapan:

Maksud

Rangkap 1
Ruang dapur dipenuhi asap kerana roti dibakar namun bau roti bakar sangat harum.

Rangkap 2
Perut bertambah lapar kerana menunggu roti siap dibakar.

Rangkap 3
Perut akan menjadi kenyang apabila memakan roti yang telah siap dibakar.

Rangkap 4
Orang yang kaya masih tidak sempurna iman mereka jika tidak memikul tanggungjawab untuk membantu orang yang memerlukan.

Rangkap 5
Jika seseorang itu beriman maka dia harus bersyukur dengan nikmat dan kemewahan yang diperoleh.

Tema
Kehidupan masyarakat kaya dan masyakarat miskin.
Contoh: Golongan kaya hidup dalam kemewahan tetapi golongan miskin hidup dalam serba kekurangan.

Persoalan
Nasib masyarakat miskin yang tidak dibantu.
Contoh: Terdapat golongan miskin yang hidup susah dan serba kekurangan sedangkan golongan kaya hidup senang-lenang serta sering melakukan pembaziran.

Sikap golongan beriman dan  berkemampuan yang membantu golongan miskin.
Contoh: Seseorang yang beriman akan bersedia untuk menolong orang lain terutama golongan miskin.

Kesyukuran  atas nikmat rezeki yang diperoleh.
Contoh: Golongan yang beriman akan sentiasa bersyukur dengan kemewahan dan kesenangan yang dikecapi.



Jadi jawapan kepada soalan Maksud , Tema, Persoalan Sajak Roti (Ahmad Syahrul Wahid)

Semua bahan ini untuk menjawab soalan Maksud , Tema, Persoalan Sajak Roti (Ahmad Syahrul Wahid), Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.

Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran Maksud , Tema, Persoalan Sajak Roti (Ahmad Syahrul Wahid) Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/08/maksud-tema-persoalan-sajak-roti-ahmad.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.