MAKSUD Syair Panduan Untuk Para Remaja

MAKSUD Syair Panduan Untuk Para Remaja - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk MAKSUD Syair Panduan Untuk Para Remaja, dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.

Masalah pautan : MAKSUD Syair Panduan Untuk Para Remaja

See also


MAKSUD Syair Panduan Untuk Para Remaja

MAKSUD Syair Panduan Untuk Para Remaja


Ingat pesanku wahai belia,
Jangan berdusta jangan perdaya,
Jangan fikir kasihkan kaya,
Jangan boros yang sia-sia.

Jangan mengata jangan mengeji,
Jangan aniaya bengis dan benci,
Jangan takbur diri dipuji,
Jangan sekali mungkir janji.

Judi dan arak jangan biasa,
Lucah dan cabul jangan selesa,
Usah bertemu ular yang bisa,
Lambat bangatnya dapat binasa.

Jangan meminjam jangan berhutang,
Jangan meminta bantu sementang,
Bergantung pada orang hendaklah pantang,
Bebas kehidupan sentiasa tatang.

Meminta jangan meminjam pun jangan,
Barang dipinjam kerap kehilangan,
Sahabat peminjam renggang di tangan,
Hutang merosakkan mut'ah pandangan.

Jangan biasakan meminta tolong,
Ke sini tersembah, ke sana terlolong,
Ikhtiar sendiri bantut bergulung,
Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.

Latihlah diri sifat merdeka,
Daya sendiri segenap seketika,
Jangan sombongkan asal dan baka,
Atau kelebihan adik dan kakak.

Padalah itu aku khabari,
Ingatlah semua, muda jauhari,
Kiranya kabul Allah memberi,
Dirimu jadi pemulih negeri.

Penyelenggara: (Dr.) Harun bin Mat Piah
Genre sastera: Puisi Tradisional
Sumber: Antologi Harga sebuah Lukisan, muka surat 9 -10
Bilangan rangkap: 8

  MAKSUD  
Rangkap 1
Penyair berpesan kepada generasi muda agar jangan berbohong dan memperdaya orang, Generasi muda juga diingatkan agar tidak hanya mementingkan kekayaan dan bersifat boros.

Rangkap 2
Generasi muda diingatkan agar mengelakkan diri daripada perbuatan mengumpat, sombong dan memungkiri janji.

Rangkap 3
Generasi muda diingatkan supaya tidak main judi , minum arak dan  tidak terlibat dengan perkara-perkara yang negatif kerana mereka akan menerima kebinasaan.

Rangkap 4
Generasi muda diingatkan supaya tidak berhutang dan mengharapkan bantuan daripada orang lain. Orang yang tidak berhutang dan bergantung harap kepada orang lain pasti akan senang hidupnya.

Rangkap 5
Generasi muda diingatkan agar mengelakkan diri daripada sikap suka meminjam ataupun memberi pinjam serta berhutang. Sikap ini boleh menyebabkan hubungan antara sahabat akan menjadi renggang.

Rangkap 6
Generasi muda diingatkan tidak mengharapkan bantuan. Hal ini kerana orang yang terlalu mengharapkan bantuan akan hilang kepercayaan dan kemampuan kepada diri sendiri.

Rangkap 7
Generasi muda diingatkan agar berdikari dalam melakukan sesuatu dan tidak membezakan kedudukan atau taraf.

Rangkap 8
Penyair berpesan kepada generasi muda. Semoga dengan keizinan Allah pasti belia hari ini akan menjadi generasi yang berguna kepada bangsa dan negara.



Jadi jawapan kepada soalan MAKSUD Syair Panduan Untuk Para Remaja

Semua bahan ini untuk menjawab soalan MAKSUD Syair Panduan Untuk Para Remaja, Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.

Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran MAKSUD Syair Panduan Untuk Para Remaja Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2017/05/maksud-syair-panduan-untuk-para-remaja.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.