Cerpen Biarkan Samudera (Nilai dan Pengajaran)
By
putra
—
Bahasa Melayu
Cerpen Biarkan Samudera (Nilai dan Pengajaran) - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk Cerpen Biarkan Samudera (Nilai dan Pengajaran), dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.
Masalah pautan : Cerpen Biarkan Samudera (Nilai dan Pengajaran)
Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran Cerpen Biarkan Samudera (Nilai dan Pengajaran) Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2017/05/cerpen-biarkan-samudera-nilai-dan.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.
Cerpen Biarkan Samudera (Nilai dan Pengajaran)
Nilai
Pengajaran
Latihan
Jawapan
1. Sebab-sebab berlakunya konflik jiwa kepada watak utama:
2. Perwatakan Hakimah:
- Nilai kasih sayang - Kasih sayang Amirah kepada ayahnya tidak pernah berbelah bahagi.
- Nilai prihatin - Hakimah dan ibunya membantu Amirah untuk kembali sihat kerana kasihan kepadanya.
- Nilai kesabaran – Hakimah kelihatan sabar menghadapi dugaan yang melanda hidupnya apabila rumah mereka akan dirobohkan.
- Nilai rasional - Ayah Amirah rela menerima suratan takdir yang rumahnya akan dirobohkan untuk pembangunan.
- Nilai patuh kepada agama – Ibu Hakimah digambarkan sentiasa berpegang kepada ajaran agama sehinggakan menghadiahkan tudung kepada Amirah.
Pengajaran
- Kita hendaklah tolong-menolong sesama manusia terutama terhadap sahabat yang sedang dalam kesusahan.
- Kita mestilah sentiasa mengingati Tuhan kerana dengan mengingati Tuhan jiwa akan tenang untuk melalui kehidupan seharian.
- Kita haruslah berfikiran rasional dalam menghadapi sebarang ujian daripada Tuhan agar kita tidak bertindak di luar batasan.
- Kita hendaklah menjaga hubungan kekeluargaan terutama dengan ibu dan bapa yang keseorangan di kampung.
- Kita haruslah menyayangi ibu dan bapa yang telah bersusah payah menjaga dan memberi pendidikan kepada kita.
Latihan
- Jelaskan sebab-sebab berlakunya konflik jiwa kepada watak utama cerpen tersebut.
- Nyatakan perwatakan Hakimah berserta contoh berdasarkan cerpen tersebut.
Jawapan
1. Sebab-sebab berlakunya konflik jiwa kepada watak utama:
- Rumah mereka akan dirobohkan
- Ayahnya terpaksa tinggal di rumah panjang berramai-ramai.
- Memikirkan soal kehidupan ayahnya yang miskin yang telah kehilangan rumah.
2. Perwatakan Hakimah:
- Seorang sahabat yang baik iaitu sentiasa bersedia membatu rakannya yang mengalami tekanan perasaan.
- Seorang prihatin iaitu sanggup membawa Amirah pulang ke kampungnya untuk bertemu dengan ibunya.
- Seorang yang penyayang contohnya, Hakimah amat baik dengan ibunya dan sentiasa berkongsi segala masalah kepada ibunya.
Jadi jawapan kepada soalan Cerpen Biarkan Samudera (Nilai dan Pengajaran)
Semua bahan ini untuk menjawab soalan Cerpen Biarkan Samudera (Nilai dan Pengajaran), Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.
Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran Cerpen Biarkan Samudera (Nilai dan Pengajaran) Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2017/05/cerpen-biarkan-samudera-nilai-dan.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.