Pantun Nasihat (Maksud dan Tema Bersatu Hati, Puisi Tradisional)

Pantun Nasihat (Maksud dan Tema Bersatu Hati, Puisi Tradisional) - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk Pantun Nasihat (Maksud dan Tema Bersatu Hati, Puisi Tradisional), dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.

Masalah pautan : Pantun Nasihat (Maksud dan Tema Bersatu Hati, Puisi Tradisional)

See also


Pantun Nasihat (Maksud dan Tema Bersatu Hati, Puisi Tradisional)

Pantun Nasihat (Maksud dan Tema Bersatu Hati, Puisi Tradisional)

PUISI TRADISIONAL
Pantun Nasihat (Bersatu Hati)
Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang;
Jikalau semua bersatu ahti,
Kerja yang payah menjadi senang.

Melangsir keris pusaka hikmat,
Keris sejarah sejak bahari;
Kalau gadis ingin selamat,
Jangan murah menjual diri.

Menanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati, bunga pandan;
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.

 Nyiur muda dibuat pengat,
 Mari dimakan bulan puasa;
 Wahai pemuda hendaklah ingat,
 Kerana mulut badan binasa.

 Orang berkelah di Tanjung Rhu,
 Sambil memanggang si ikan sepat;
 Hendaklah banyak menghadap guru,
 Supaya terang jalan makrifat.

 Rendang sungguh pohon ara,
 Tumbuh subur tepi telaga;
 Tidak salah berkenal mesra,
 Tatasusila perlu dijaga.

 MAKSUD 
Rangkap 1
Sesuatu pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jikalau dilakukan secara bersama.

Rangkap 2
Pesanan untuk gadis supaya  pandai menjaga diri agar keselamatan terjamin.

Rangkap 3
Sesuatu perkara yang dilakukan mengikut hawa nafsu akan merosakkan diri.

Rangkap 4
Generasi muda diingatkan agar menjaga tutur kata kerana ketelanjuran kata akan memberi kesan kepada diri.

Rangkap 5
Kita hendaklah berguru ketika menuntut ilmu supaya tidak terpesong.

Rangkap 6
Kita diingatkan supaya menjaga tatasusila dalam pergaulan.

 TEMA 
Tema pantun ini ialah nasihat - menasihati dalam kehidupan seharian akan membawa kebaikan dan kesejahteraan hidup.



Jadi jawapan kepada soalan Pantun Nasihat (Maksud dan Tema Bersatu Hati, Puisi Tradisional)

Semua bahan ini untuk menjawab soalan Pantun Nasihat (Maksud dan Tema Bersatu Hati, Puisi Tradisional), Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.

Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran Pantun Nasihat (Maksud dan Tema Bersatu Hati, Puisi Tradisional) Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/11/pantun-nasihat-maksud-dan-tema-bersatu.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.