HIKAYAT ANGGUN CIK TUNGGAL (Sinopsis)

HIKAYAT ANGGUN CIK TUNGGAL (Sinopsis) - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk HIKAYAT ANGGUN CIK TUNGGAL (Sinopsis), dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.

Masalah pautan : HIKAYAT ANGGUN CIK TUNGGAL (Sinopsis)

See also


HIKAYAT ANGGUN CIK TUNGGAL (Sinopsis)

Sinopsis
Kapal milik Raja Anggun Cik Tunggal bernama Dendang Panjang sedang berlabuh. Tiba-tiba sebuah lancang kuning berlabuh betul-betul di hadapannya. Bujang Selamat bertanya kepada pemilik lancang kuning mengapa berlabuh secara melulu. Si Kembang Cina yang berada dalam lancang kuning dengan beraninya menerangkan hajat nakhodanya.

Raja Anggun Cik Tunggal yang tercabar dengan kelancangan Si Kembang Cina telah mengisytiharkan perang terhadap kebiadaban nakhoda lancang kuning iaitu Nakhoda Ragam.  Berlakulah tembak menembak di antara Raja Anggun Cik Tunggal dengan Nakhoda Ragam (Tuan Puteri). Dalam insiden itu, Tuan Puteri nyaris-nyaris terkorban akibat tembakan Raja Anggun Cik Tunggal yang langsung tidak usul periksa.  Dalam keadaan yang terdesak itu, Tuan Puteri menyalin pakaiannya dan menunjukkan identitinya yang sebenar iaitu Tuan Puteri Gondan Ganariah iaitu tunangan Raja Anggun Cik Tunggal. Hal ini menyebabkan Raja Anggun Cik Tunggal tekejut dan malu lalu lari ke biliknya sambil berselubung.

Tunangannya, Tuan Puteri Gondan Gandariah pun menyatakan rasa terkilannya atas tindakan Raja Anggun Cik Tunggal tadi. Baginda merajuk dan berasa seperti dirinya telah dilupakan Raja Anggun Cik Tunggal. Berlakulah pujuk-memujuk yang akhirnya melembutkan hati Tuan Puteri. Tuan Puteri kemudiannya meminta kebenaran untuk belayar pulang.  Setelah tiga hari tiga malam, kapal Seludang  Mayang berlabuh di pelabuhan negeri Tiku Benua lalu disambut dengan bedilan meriam. Sesampai di istana, Tuan Puteri menyembah salam dan menyampaikan perkhabaran kepada ayahandanya,Raja Laksamana tentang pertemuannya dengan Raja Anggun Cik Tunggal.



Jadi jawapan kepada soalan HIKAYAT ANGGUN CIK TUNGGAL (Sinopsis)

Semua bahan ini untuk menjawab soalan HIKAYAT ANGGUN CIK TUNGGAL (Sinopsis), Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.

Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran HIKAYAT ANGGUN CIK TUNGGAL (Sinopsis) Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/11/hikayat-anggun-cik-tunggal-sinopsis.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.