LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Latihan Soal)

LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Latihan Soal) - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Latihan Soal), dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.

Masalah pautan : LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Latihan Soal)

See also


LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Latihan Soal)

LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Latihan Soal)


Latihan

  1. Berdasarkan novel Lestari Bukit Menghijau karya Syed Mahadzir, huraikan perwatakan watak utama.
  2. Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel Lestari Bukit Menghijau karya Syed Mahadzir. 
Jawapan:

Soalan 1:
Watak utama novel Lestari Bukit Menghijau ialah Zahiran. Zahiran berusia 15 tahun dan merupakan seorang pelajar Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai. Dia juga anak yatim setelah kematian bapanya semasa dia berumur 10 tahun. Dia tinggal bersama-sama ibunya.

Zahiran merupakan seorang anak muda yang mencintai alam sekitarnya. Perkenalannya dengan Pak Tua telah memberikan kesedaran kepadanya tentang penting alam sekitar kepada kehidupan manusia. Dia juga sedar bahawa manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan alam tumbuhan. Dia berazam untuk menjaga kelestrian alam.

Seterusnya Zahiran juga seorang pelajar yang bertanggungjawab. Dia dan kawan-kawanya iaitu Kadir dan Osman telah ditugaskan untuk menangkap burung untuk membantu sekolahnya dalam pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar. Mereka membuat perancangan untuk menangkap burung di Bukit Bintangor.

Zahiran juga digambarkan sebagai seorang pelajar yang bijak. Dia mudah menguasai nama-nama saintifik pelbagai jenis pokok. Pengetahuan tersebut diperolehnya daripada Pak Tua.

Soalan 2:
Pengajaran yang terdapat dalam novel Lestari Bukit Menghijau ialah kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya, penduduk kampung Alor Rambai bekerjasama dan bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran kampung dan rumah Pak Hamid daripada pembiakan nyamuk.

Selain itu, kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan. Hal ini terbukti daripada peristiwa Pak Tua yang mencadangkan kepada penduduk kampung untuk membantu Pak Hamid yang menderita akibat penyakit untut. Mereka bersetuju untuk mengutip derma dan seterusnya menubuhkan tabung yang dinamakan “Tabung Pak Hamid” bagi membantu merawat penyakit Pak Hamid. Akhirnya, penyakit untut Pak Hamid Berjaya disembuhkan setelah menerima rawatan pembedahan di Hospital Appolo, Chennai, India.

Seterusnya,  kita mestilah cekal apabila menghadapi halangan dan rintangan dalam hidup. Pak Tua cekal menghadapi dugaan hidup selepas kematian anak dan isterinya. Beliau juga cekal dalam usahanya menanam pokok bintangor yang mempunyai banyak khasiat dalam bidang perubatan.



Jadi jawapan kepada soalan LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Latihan Soal)

Semua bahan ini untuk menjawab soalan LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Latihan Soal), Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.

Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Latihan Soal) Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/10/lestari-bukit-menghijau-latihan-soal.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.