Teknik Plot Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain)

Teknik Plot Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain) - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk Teknik Plot Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain), dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.

Masalah pautan : Teknik Plot Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain)

See also


Teknik Plot Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain)

Teknik Plot Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain)
Jawapan:

TEKNIK PLOT

Pengarang menggunakan beberapa teknik dalam novel ini untuk menyampaikan cerita dan plotnya.

Pemerian

Antara teknik utama dalam novel ini ialah teknik pemerian. Teknik ini digunakan dengan meluas termasuklah untuk menggambarkan perwatakan Hilmi. Kerja-kerja Hilmi ri rumah Datuk Johari juga banyak menggunakan teknik pemerian. Demikian juga dengan peristiwa Hilmi belajar muzik di rumah Encik Bakar banyak menggunakan teknik pemerian daripada pengarang. Perasaan Hilmi terhadap perbuatan Datin Salmah juga diceritakan oleh pengarang secara langsung.

Dialog

Teknik dialog juga ketara digunakan digunakan oleh pengarang. Contoh dialog atau perbualan antara Hilmi dan Hayati. Hayati telah meluah perasaannya kepada Hilmi ketika mereka berjumpa. Dialog Hilmi dengan Encik Bakar juga penting kepada Hilmi. Melalui dialog, Encik Bakar telah memberikan dorongan kepada Hilmi untuk terus belajar dan akan berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal. Dialog-dialog Datin Salmah juga menggambarkan sikap dan pandangan serongnya kepada Hilmi.

Imbas Kembali

Teknik imbas kembali juga terdapat dalam novel ini. Contoh teknik ini ialah apabila Datuk Johari teringat kembali apa yang telah berlaku ketika beliau berada di kampungnya. Datuk Johari imbas kembali peristiwa dia meninggalkan ibu Hilmi setelah berkahwin dan tidak mempedulikan mereka lagi. Peristiwa itu berlaku tujuh belas tahun yang lalu. Dia hanya pulang pada hari bapanya meninggal dunia selama beberapa jam saja dan kemudian setelah jenazah bapanya dikuburkan, dia terus pulang ke Kuala Lumpur.

Monolog

Sedikit teknik monolog digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Contohnya monolog Hilmi ketika hatinya sedih dan berhadapan dengan pokok-pokok bunga di taman. "Kalian saja yang akan menghiburkan aku nanti, wahai bunga-bungaku " katanya dalam hati. Teknik monolog dalaman digunakan untuk menceritakan emosi sesuatu watak. Selain itu, monolog juga terdapat dalam diri Azizah tentang layanan mesra yang diberikannya kepada Hilmi.

Saspens

Teknik saspens terdapat juga dalam novel ini. Terdapat dua peristiwa yang mewujudkan suasana suspens. Peristiwa pertama ialah peristiwa yang berlaku di Dewan Tunku Canselor. Suasana suspens dirasa apabila Hilmi telah dimasukkan ke hospital sedangkan pertunjukkan perlu diteruskan. Siapa yang akan memimpin orkestra itu telah menjadi tanda tanya kepada pembaca dan pengelola. Manakala suasana suspens juga berlaku di hospital. Hayati, Datuk Johari, Datin Salmah dan juga Ketua Pengarah RTM tertanya-tanya tentang keadaan Hilmi.

Teknik Kejutan

Manakala teknik terakhir ialah teknik kejutan. Kemunculan Hayati secara mengejut dari London pada malam Pertunjukan Orkes Perdana pula menunjukkan pengarang telah berjaya dalam menggunakan teknik kejutan. Hayati malah mengambil tempat Hilmi untuk memimpin orkestra pada malam itu. Datuk Johari juga telah menerima panggilan yang mengejutkan. Dia dimaklumkan tentang kematian Hilmi sehingga dia juga terkejut, jatuh dan meninggal dunia.



Jadi jawapan kepada soalan Teknik Plot Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain)

Semua bahan ini untuk menjawab soalan Teknik Plot Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain), Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.

Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran Teknik Plot Novel KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain) Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/09/teknik-plot-novel-konserto-terakhir.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.