Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 3 – Piano

Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 3 – Piano - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 3 – Piano, dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.

Masalah pautan : Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 3 – Piano

See also


Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 3 – Piano

Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 3 – Piano
Jawapan:

Hilmi kecewa apabila dia mendapati tanamannya dirosakkan oleh kumbang. Dia telah melepaskan geramnya dengan memijak-mijak kumbang-kumbang itu dengan tumitnya. Tindakan Hilmi itu ditegur oleh Hayati dan menganggap dia seorang yang kejam. Akhirnya Hayati faham kenapa Hilmi memusnahkan kumbang yang mengancam keselamatan tanamannya. Kadangkala Hayati ikut bersama-samanya mencari kumbang dan ulat.

Dua kali dalam seminggu iaitu hari Sabtu dan Khamis, Hayati belajar bermain piano di rumahnya. Pada hari-bari tersebut Hilmi akan mencari kerja yang dapat dibuatnya di depan rumah berhampiran dengan ruang tamu. Pada kedua-dua hari tersebut keletihannya terasa hilang, dan dia menunggu kedua-dua hari itu dengan penuh harapan kerana dia dapat mendengar lagu-lagu merdu yang keluar dari hujung-hujung jari Hayati yang diletakkan di atas pianonya. Lagu-lagu itu menjadi makanan rohaninya. Pada suatu hari Khamis, Hilmi gelisah kerana Hayati belum pulang lagi. Rupa-rupanya Hayati dan Mohsin pergi menonton wayang.

Hati Datin Salmah mulai berubah terhadap Hilmi. Dia tidak lagi menyebutnya sebagai tukang kebun tetapi sebagai kaum keluarganya. Datuk Johari juga mulai bangga kerana tiap-tiap orang yang datang memuji-muji tanaman bunga di rumahnya. Malah hasil tanaman seperti terung, kacang, timun, dan petola telah berbuah dengan lebatnya dan menjadi satu kebanggaan pula kepada Datin Salmah. Dia menghadiahkan hasil tanaman itu kepada teman-temannya apabila pergi ke morning coffee dan juga ketika ada antara kawannya yang datang berkunjung ke rumahnya, mereka pulang dengan membawa buah tangan. Datin Salmah gembira mendengar pujian daripada kawan-kawannya.



Jadi jawapan kepada soalan Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 3 – Piano

Semua bahan ini untuk menjawab soalan Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 3 – Piano, Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.

Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 3 – Piano Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/09/sinopsis-novel-konserto-terakhir-bab-3.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.