Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 14 – Seniman

Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 14 – Seniman - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 14 – Seniman, dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.

Masalah pautan : Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 14 – Seniman

See also


Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 14 – Seniman

Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 14 – Seniman
Jawapan:

Dewan Tunku Canselor telah penuh sesak. Keadaan kalut mulai terasa apabila Hilmi belum kelihatan. Ketua Pengarah RTM mengarahkan Amat, seorang pengawal RTM pergi menjemput Hilmi tetapi Hilmi tidak ada di rumahnya. Ketua Pengarah itu tidak puas hati lalu mengajak Amat sekali lagi bersama-samanya pergi ke rumah Hilmi Dan akhirnya mereka mendapat tahu daripada seorang pemuda Cina bahawa Hilmi sakit dan dimasukkan ke hospital.

Ketua Pengarah berkejar ke hospital dan dia mendapati keadaan Hilmi dalam bahaya dan telah dibawa ke unit rawatan rapi ( ICU ). Doktor juga telah memberitahu bahawa nyawa Hilmi terancam dan dia tidak mungkin dapat memimpin Orkes Perdana. Ketua Pengarah telah mengarahkan Borhan supaya mencari pengganti Hilmi dan kembali ke universiti. Kebimbangannya itu dikongsi bersama oleh Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha.

Tiba-tiba muncul Hayati, wanita yang ingin menonton pertunjukan tersebut. Keadaan menjadi semakin kelam kabut. Berbagai-bagai spekulasi telah dibuat kerana ketiadaan Hilmi itu. Hayati mendapat tahu tentang kesakitan yang dialami oleh Hilmi dan berminat untuk membantu Hilmi memimpin pertunjukan tersebut. Setelah menunjukkan bukti kelulusan dan pengalamannya serta hubungan rapat dengan Hilmi, akhirnya ketua pengarah membenarkan Hayati memimpin Orkes Perdana tersebut. Datuk Johari dan Datin Salmah menyesali perbuatan mereka terhadap Hilmi, lebih-lebih lagi apabila mendengar puji-pujian yang diberikan kepada Hilmi oleh penonton. Mereka juga menyedari yang memimpin pertunjukan orkes itu ialah Hayati. Baginda Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Perdana Menteri amat terhibur dengan persembahan itu dan dukacita di atas kemalangan yang menimpa Hilmi.

Setelah pertunjukan selesai Hayati bergegas ke hospital, begitu juga Datuk Johari dan Datin Salmah apabila mengetahui perkhabaran tersebut. Di hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang sepupunya iaitu bapa Hilmi yang baru sampai dari kampung. Suasana menjadi bertambah pilu dengan kehadiran Azizah, ibunya serta Hakim, anak Hilmi. Abang sepupunya itu kemudian menceritakan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah bahawa Hilmi selalu memuji kebaikan pak cik dan mak ciknya itu. Akhirnya abang sepupunya iaitu Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Dia sengaja menyimpan rahsia itu kerana tidak mahu merosakkan rumah tangga mereka.

Datuk Johari dan Datin Salmah amat menyesal dan akan menebus dosa mereka sekiranya Hilmi pulih. Setelah doktor yang merawat Hilmi membenarkan mereka melawat Hilmi, mereka pulang ke rumah Datuk Johari. Karim bersyukur kerana Allah memanjangkan usianya dan dapat membuka rahsia yang terpendam di hati selama ini. Sesampai sahaja di pekarangan rumah, mereka dikejutkan dengan panggilan telefon dari hospital. Datuk Johari telah menerima khabar tentang kematian Hilmi dan pada saat yang sama Datuk Johari jatuh terjelepok di atas lantai dan pergi buat selama-lamanya.



Jadi jawapan kepada soalan Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 14 – Seniman

Semua bahan ini untuk menjawab soalan Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 14 – Seniman, Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.

Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran Sinopsis Novel KONSERTO TERAKHIR Bab 14 – Seniman Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/09/sinopsis-novel-konserto-terakhir-bab-14.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.