Plot novel DARAH TITIK DI SEMANTAN

Plot novel DARAH TITIK DI SEMANTAN - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk Plot novel DARAH TITIK DI SEMANTAN, dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.

Masalah pautan : Plot novel DARAH TITIK DI SEMANTAN

See also


Plot novel DARAH TITIK DI SEMANTAN

Plot novel DARAH TITIK DI SEMANTAN
Jawapan:

PLOT DARAH TITIK DI SEMANTAN:

1)Pengenalan
Pembaca diperkenalkan dengan tempat Lubuk Terua, Sungai Semantan.Selain itu,pembaca juga diperkenalakan dengan watak seperti Zahid,Rahman,Samad dan Awang Muhammad.Permulaan cerita  digambarkan watak Datuk Bahaman sebagai orang kaya Semantan dan Mat Lela sebagai pemimpin untuk menentang Inggeris.

2)Perkembangan
Datuk Bahaman menyeru penduduk Lubuk Terua menentang penjajah dan membuat persediaan untuk berperang dengan membuat latihan. Zahid dan rakan-rakannya telah membantu membina kubu di Pangkat Merbau Berdarah di tepi Lubuk Meruah.

3)Perumitan
Inggeris sudah mula bertapak di Lubuk Terua.Mata-mata Inggeris telah membina rumah pasung di tepi tebing manakala Zahid dan rakan-rakan membina kubu serta menyediakan bambu runcing untuk menyerang Inggeris. Pada masa yang sama, Datuk Bahaman ke Johor untuk berunding dengan Gabenur Singapura. Kak Minah hampir dirogol oleh dua orang pemuda tempatan yang menjadi mata-mata Inggeris.Lajis dan Pak Uda mendirikan bengkel membuat senjata. Datuk Bahaman meminta Lajis dan Rahmad menjadi pengintip di Kuala Semantan. Pihak Inggeris telah bermesyuarat dengan sultan dan orang-orang besar di Pulau Tawar bagi menyerang Datuk Bahaman dan penduduk Semantan.

4)Puncak/Klimaks
Mat Kilau membawa berita bahawa sultan mengishtiharkan bahawa Datuk Bahaman sebagai penderhaka kerana dipaksa oleh Hugh Clifford. Gelaran dan pangkat yang dikurniakan sultan kepada Datuk Bahaman telah ditarik semula. Pak Uda Ismail, Pak Abas dan Samad ditangkap oleh Inggeris tetapi berjaya diselamatkan oleh Datuk Bahaman.Kemudian, Pak Uda Ismail telah dibunuh oleh Inggeris. Datuk Bahaman menjelaskan bahawa Inggeris,mata-mataInggeris dan askar-askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali akan mudik ke Semantan.Tuk Selampit menjadi marah kerana Datuk Bahaman melarang Tuk Selampit menyumpit mata-mata Inggeris dan askar-askar sultan. Askar-askar sultan mungkir janji dimana mereka tidak menembak ke udara dan sebaliknya telah menembak Mat Lela,Awang Muhammad dan pengikut Datuk Bahaman.Datuk Panglima Raja meminta Datuk Bahaman membalas serangan pihak Inggeris tetapi Datuk Bahaman tetap berpegang pada janjinya. Akibat terlalu marah terhadap tindakan Datuk Bahaman, Tuk Muda Bidin dan Imam Perah Weh telah menyerah diri dan akhirnya mereka dibunuh oleh ketua askar sultan.

5)Peleraian
Ramai perajurit Semantan telah gugur dan mereka telah berundur ke Darat Kelubi. Pihak Inggeris dan askar-askar sultan sangat gembira. Mat Kilau membawa surat bahawa penduduk Semantan telah mendapat pengampunan sultan kecuali Datuk Bahaman. Penduduk kampung Semantan telah pulang ke rumah masing-masing selepas Datuk Bahaman mengarahkan Pak Cik Hassan Tahmid menghebahkan berita tersebut. Zahid dan Samad telah pulang ke Lubuk Terua. Rahmad pula tinggal bersama Datuk Bahaman di Darat Kelubi. Tuk Gajah telah mudik ke Sungai Tembeling dan akan terus ke Kelantan atau Terengganu. Tuk Raja kurang berminat untuk menentang penjajah. Mata-mata Inggeris dan askar sultan yang diketuai Wise datang mencari Datuk Bahaman di Lubuk Terua tetapi tidak dijumpai. Rumah penduduk tempatan dibakar dan terdapat penduduk yang mati ditembak. Khabarnya,Datuk Bahaman telah kembali semula di Lubuk Terua lalu membunuh mata-mata Inggeris. Selepas peristiwa itu, Zahid tidak berjumpa dengan Datuk Bahaman lagi.



Jadi jawapan kepada soalan Plot novel DARAH TITIK DI SEMANTAN

Semua bahan ini untuk menjawab soalan Plot novel DARAH TITIK DI SEMANTAN, Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.

Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran Plot novel DARAH TITIK DI SEMANTAN Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/08/plot-novel-darah-titik-di-semantan.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.