Contoh Cara nak buat Karangan Ucapan (pelajar) Hari Guru

Contoh Cara nak buat Karangan Ucapan (pelajar) Hari Guru - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk Contoh Cara nak buat Karangan Ucapan (pelajar) Hari Guru, dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.

Masalah pautan : Contoh Cara nak buat Karangan Ucapan (pelajar) Hari Guru

See also


Contoh Cara nak buat Karangan Ucapan (pelajar) Hari Guru

Contoh Cara nak buat karangan ucapan (pelajar)
Jawapan:

Panduan penulisan

Karangan jenis ucapan, mempunyai format tertentu yang perlu anda patuhi, format tersebut adalah seperti berikut:
a. pendahuluan, merupakan pembuka kata yang berupa ucapan selamat dan kata alu-aluan sebagai tanda hormat.

b. Isi, merupakan tujuan ucapan disampaikan.

c. Kata-kata penghadapan, digunakan apabila hendak memulakan sesuatu isi ucapan. Antara kata-kata penghadapan yang boleh digunakan termasuklah "hadirin yang dimuliakan", "hadirin sekalian",  dan "tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati:.

d. Penutup, merupakan kata-kata yang diberikan bagi menandakan bahawa ucapan akan ditamatkan. Antara kata yang boleh digunakan termasuklah "akhir kata", dan "mengakhiri ucapan saya". Ucapan hendaklah diakhiri dengan ucapan "sekian, terima kasih".

Contoh Karangan Ucapan:

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Pengetua, Sekolah Menengah Taman Kesuma, Tuan Haji Shaaran Mahmud, Yang Berusaha Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Zainab Ahmad, Yang Berusaha, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Muhammad Aini Osman, guru-guru kanan mata pelajaran, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan.

Hadirin sekalian,
Pada pagi yang berbahagia ini kita menyambut Hari Guru pada peringkat sekolah bagi menghargai jasa guru kepada kita selama ini. Guru insan mulia yang bertanggungjawab mendidik kita menjadi manusia yang berguna. Mereka telah mendidik kita tanpa mengenal jemu. Para guru melayani kerenah kita yang bermacam-macam dengan sabar dan berhemah. Maka dengan itu, wajarlah pada hari ini, kita meluangkan masa untuk menghargai pengorbanan mereka.

Guru boleh diumpamakan lilin yang cair demi menerangi orang lain. Mereka rela berkorban masa, tenaga dan harta demi kejayaan anak didik. Sesungguhnya kerjaya guru adalah kerjaya yang mulia wajar kita kenang. Lebih-lebih lagi, dalam era globalisasi ini, kerjaya guru semakin mencabar dengan segala kebejatan sosial yang muncul dalam masyarakat hari ini. Guru perlu melipatgandakan usaha dalam menangani pelbagai kerenah pelajar dan ibu bapa.

Hadirin yang dihormati,
Kita sebagai pelajar mestilah menghormati guru-guru kita. Janganlah kita menyakiti hati mereka atau ingkar akan arahan mereka. Jadilah pelajar yang bersopan santun dan berhati mulia. Belajarlah dengan tekun dan membuat segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru kita. Mereka tidak mengharapkan balasan kebendaan daripada kita melainkan kejayaan kita dalam pelajaran semata-mata. Menghasilkan kejayaan ialah cara paling muluk dalam kita membalas jasa guru kepada kita selama ini.

Hadirin sekalian,
Akhir kata, saya mewakili para pelajar Sekolah Menengah Taman Kesuma ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik kami. Ilmu yang telah para guru curahkan amat kami hargai dan tak mampu kami balas. Kami berharap guru-guru tidak serik mendidik kami agar menjadi generasi yang berguna kepada negara. Selamat hari guru kami ucapkan.

Berburu ke padang datar, dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar, ibarat bunga kembang tak jadi.

Sekian, terima kasih.



Jadi jawapan kepada soalan Contoh Cara nak buat Karangan Ucapan (pelajar) Hari Guru

Semua bahan ini untuk menjawab soalan Contoh Cara nak buat Karangan Ucapan (pelajar) Hari Guru, Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.

Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran Contoh Cara nak buat Karangan Ucapan (pelajar) Hari Guru Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/08/contoh-cara-nak-buat-karangan-ucapan.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.