Rumusan remaja hilang minat belajar
Rumusan remaja hilang minat belajar - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk Rumusan remaja hilang minat belajar , dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.
Masalah pautan : Rumusan remaja hilang minat belajar
Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran Rumusan remaja hilang minat belajar Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/06/rumusan-remaja-hilang-minat-belajar.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.
Rumusan remaja hilang minat belajar
Jawapan:
Dewasa ini banyak orang memperkatakan kepentingan sejarah dalam pembinaan negara bangsa. Bagi sebuah negara yang pesat membangun seperti Malaysia, bukan sahaja aspek pencapaian fizikal yang diukur, malahan pembangunan modal insan dilihat sebagai antara elemen terpenting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah tamadun bangsa. Kepelbagaian ilmu pengetahuan yang dibekalkan kepada remaja tidak cukup untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian bangsa. Dalam diri mereka sendiri perlu disemai rasa cinta, hormat dan bangga akan bangsa dan negara. Pada masa yang sama, integrasi antara kaum perlu ditingkatkan juga.
Dalam konteks semasa, subjek Sejarah diberikan tanggungjawab untuk[S1membentuk keperibadian diri pelajar menjadi insan yang seimbang.] Pada subjek Sejarah jugalah diletakkan harapan supaya [S2generasi muda yang lahir daripada sistem pendidikan kebangsaan mempunyai semangat patriotisme yang jitu.] Malahan, pengajarannya juga dilihat sebagai pendekatan terbaik untuk [S3 menyemai semangat bertolak ansur dan bersatu padu dalam kalangan generasi muda.] Hal ini demikian kerana kita dapat mengenal sesuatu kaum dengan lebih dekat lagi.
Subjek Sejarah tidak berdiri sendiri. Sejarah merentas pelbagai disiplin ilmu, seperti Geografi, Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik. Oleh sebab itu, banyak tokoh ilmuwan Islam, seperti Ibnu Sina, al-Khawarizmi dan al-Farabi, bukan sahaja mahir dalam bidang masing-masing malahan mendalami ilmu sejarah atau disebut falsafah. Hal ini demikian kerana kesinambungan kedua-dua bidang ilmu mampu [S4membentuk pemikiran yang kritis] dan [S5menyumbang kepada pembinaan tamadun yang lebih menyeluruh.] Kekurangan yang ada pada tamadun sesuatu bangsa dapat diketahui apabila mengimbas sejarah, dan kelemahan itu dapat ditampung apabila wujud kesedaran untuk membela nasib bangsa itu sendiri.
Sejarah tidak pernah mendidik pengkajinya supaya menjadi pengadil atau hakim terhadap sesuatu peristiwa yang sudah berlaku, sebaliknya sejarah mengajak [S6pengkajinya mengambil iktibar daripada apa-apa yang berlaku dan S7menambahbaikkan setiap tindakan demi masa depan.] Sejarah hitam negara yang berlaku pada 13 Mei 1969, mengajar kita tentang kepentingan toleransi dan semangat bersatu padu. Peristiwa ini jelas membuktikan bahawa apabila hubungan antara kaum tidak dipelihara dengan baik, (keamanan akan goyah) dan (negara akan berada dalam keadaan kucarkacir). Kesannya turut dirasai dalam (bidang ekonomi. Perkembangannya pasti akan terencat). Oleh sebab itulah, pimpinan negara pada masa itu memperkenalkan Rukun Negara sebagai satu wadah untuk merapatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Pengetahuan tentang warisan silam negara [S8membolehkan individu mengenal identiti dan membentuk jati diri yang mantap], terutama dalam kalangan generasi muda. Kekuatan jati diri yang mencintai kedamaian ini akan memberikan dorongan untuk menoktahkan persengketaan yang mendatangkan bencana.
Semangat diri yang kental dalam membela nasib bangsa, agama dan negara merupakan maruah diri yang paling bernilai daripada simpanan wang yang berjuta-juta, tetapi digunakan untuk tujuan yang sia-sia. Oleh itu, remaja perlu tabah dalam menghadapi cabaran yang semakin hebat di samping menjamin agar wawasan negara dan bangsa terus dipertahankan untuk selama-lamanya.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Dewan Siswa, Januari 2009)
Petikan membincangkan tentang
Kepentingan-kepentingannya ialah
Langkah-langkahnya ialah
Kesimpulannya ialah
Petikan membincangkan tentang kepentingan menghayati sejarah dalam kalangan pelajar.
Kepentingan-kepentingannya ialah S1membentuk keperibadian diri pelajar menjadi insan yang seimbang. S2generasi muda yang lahir daripada sistem pendidikan kebangsaan mempunyai semangat patriotisme yang jitu.menyemai semangat bertolak ansur dan bersatu padu dalam kalangan generasi mudaS4membentuk pemikiran yang kritis] dan S5menyumbang kepada pembinaan tamadun yang lebih menyeluruh. S6pengkajinya mengambil iktibar daripada apa-apa yang berlaku dan S7menambahbaikkan setiap tindakan demi masa depan.
Langkah-langkahnya ialah guru memperbanyak gerak kerja berkumpulan. Sekolah menganjurkan lawatan ke tempat-tempat bersejarah.
Kesimpulannya, penghayatan sejarah dalam kalangan pelajar perlu ditingkatkan supaya
dapat melahirkan rakyat yang cinta akan negara.

Jadi jawapan kepada soalan Rumusan remaja hilang minat belajar
Semua bahan ini untuk menjawab soalan Rumusan remaja hilang minat belajar , Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.