Cerpen Biarkan Samudera (Tema, Persoalan)

Cerpen Biarkan Samudera (Tema, Persoalan) - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk Cerpen Biarkan Samudera (Tema, Persoalan), dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.

Masalah pautan : Cerpen Biarkan Samudera (Tema, Persoalan)

See also


Cerpen Biarkan Samudera (Tema, Persoalan)

Cerpen Biarkan Samudera (Tema, Persoalan)

  TEMA  
Konflik dalaman yang dihadapi oleh seorang pelajar.
Konflik dalaman yang dihadapi oleh pelajar yang bernama Amirah atau Mir adalah disebabkan oleh rumah ayahnya akan dirobohnya untuk dijadikan tempat peranginan. Oleh itu, beliau sering memikirkan akan kesan kehilangan rumah tersebut yang akan menyebabkan kenangan bersama ayahnya juga akan hilang. Jadi beliau sering menyendiri sehingga ada kalanya bercakap sendirian sehinggakan kaunselor menganggap kelakuan tersebut sebagai penyakit skizofrenia.

  PERSOALAN  
  • Persoalan kemiskinan para nelayan
Kehidupan nelayan yang digambarkan melalui watak ayah Amirah terlalu daif melalui keadaan rumah dan juga tempoh masa ayahnya yang berada di lautan. Malah segala-galanya serba kekurangan.

  • Persoalan keikhlasan dalam persahabatan
Keprihatinan seorang sahabat untuk membantu rakannya yang mengalami tekanan perasaan dapat dilihat melalui usaha ikhlas Hakimah. Hakimah membawanya pulang ke kampung untuk bercuti. Malah, dengan bantuan ibunya yang menghadiahkan telekung akhirnya Amirah beransur pulih daripada tekanan perasaan tersebut.

  • Persoalan keinsafan untuk mendekati ajaran agama.
Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung kepada Amirah agar beliau dapat mendekatkan diri kepada Tuhan. Usaha itu amat berkesan apabila Amirah mula berubah tingkah laku.

  • Persoalan kepetingan menjaga alam sekitar
Bapa Amirah sering berpesan kepadanya agar sentiasa menghargai lautan yang mempunyai banyak kepentingan kepada manusia. Oleh itu, Amirah sering membayangkan akan keindahan pantai dan bunyi ombak dalam kehidupannya.



Jadi jawapan kepada soalan Cerpen Biarkan Samudera (Tema, Persoalan)

Semua bahan ini untuk menjawab soalan Cerpen Biarkan Samudera (Tema, Persoalan), Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.

Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran Cerpen Biarkan Samudera (Tema, Persoalan) Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2017/05/cerpen-biarkan-samudera-tema-persoalan.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.