Penggunaan kata berimbuhan yang melibatkan 'pinjam'

Penggunaan kata berimbuhan yang melibatkan 'pinjam' - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk Penggunaan kata berimbuhan yang melibatkan 'pinjam' , dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.

Masalah pautan : Penggunaan kata berimbuhan yang melibatkan 'pinjam'

See also


Penggunaan kata berimbuhan yang melibatkan 'pinjam'

Penggunaan kata berimbuhan yang melibatkan 'pinjam'
Jawapan:

Untuk memudahkan pelajar mengingat penggunaannya, saya akan menggunakan formula.

1 pinjam
Formula: Benda + akan + saya + pinjam + dari +tempat /daripada+ orang
Contoh: Buku itu akan saya pinjam dari perpustakaan.
Basikal itu akan saya pinjam daripada anak jiran saya.

2 meminjam
Formula: Orang pertama+ akan + meminjam + benda + dari +tempat /daripada+ orang kedua
Contoh: Saya akan meminjam buku itu dari perpustakaan.
Johari akan meminjam basikal itu daripada Beng Seng.

3 meminjamkan
Formula: Orang pertama+ akan + meminjamkan +benda + kepada + orang kedua
Contoh: Ali akan meminjamkan komputer ribanya kepada kakaknya.

4 meminjami
Formula: Orang pertama+ akan +meminjami + orang kedua+ benda
Contoh: Saya akan meminjami adik kamera saya.

6 dipinjamkan
Formula: Benda + akan + dipinjamkan+ oleh + orang pertama + kepada + orang kedua
Contoh: Buku itu akan dipinjamkan oleh Ahmad kepada kawannya.

7 dipinjami
Formula: Orang pertama+ akan + dipinjami + orang kedua + benda
Contoh: Johari akan dipinjami kawannya wang seringgit.

8 pinjami
Formula: Orang+ akan + saya / awak + pinjami + benda
Contoh: Azmi akan saya pinjami buku saya ini.
Johari akan awak pinjami notamu.

9 pinjamkan
Formula: Benda + akan + saya /awak + pinjamkan+ kepada + orang
Contoh: Buku itu akan saya pinjamkan kepada Lina.
Basikal itu akan awak pinjamkan kepada abangku.

10 peminjaman
Formula: a) Peminjaman + wang / benda + dari + tempat / daripada + orang + akan + saya / awak lakukan
b) Peminjaman + wang / benda + dari + tempat / daripada + orang + akan + dilakukan + oleh + orang
Contoh: a) Peminjaman wang dari banak itu akan saya lakukan esok.
b) Peminjaman alat sukan akan dilakukan oleh Setiausaha Sukan daripada Pengelola Stor itu.



Jadi jawapan kepada soalan Penggunaan kata berimbuhan yang melibatkan 'pinjam'

Semua bahan ini untuk menjawab soalan Penggunaan kata berimbuhan yang melibatkan 'pinjam' , Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.

Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran Penggunaan kata berimbuhan yang melibatkan 'pinjam' Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/07/penggunaan-kata-berimbuhan-yang.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.