Kata kerja tak transitif yang perlu disertai awalan meN

Kata kerja tak transitif yang perlu disertai awalan meN - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk Kata kerja tak transitif yang perlu disertai awalan meN , dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.

Masalah pautan : Kata kerja tak transitif yang perlu disertai awalan meN

See also


Kata kerja tak transitif yang perlu disertai awalan meN

Kata kerja tak transitif yang perlu disertai awalan meN
Jawapan:

Dalam bahasa Melayu, terdapat sesetengah kata kerja tak transitif yang perlu disertai awalam meN. Di sini akan saya bincangkan empat daripadanya.

1 melompat
Perkataan ini perlu didahului awalan meN supaya betul.
a) Adik suka lompat di atas lantai. [salah]
Adik suka melompat di atas lantai. [betul]
b) Jangan lompat di sana sini kerana lantainya licin. [salah]
Jangan melompat di sana sini kerana lantainya licin. [betul]

2 menari
Kata di atas juga perlu disertai awalan meN.
a) Kakak suka tari pada masa lapangnya. [salah]
Kakak suka menari pada masa lapangnya. [betul]
b) Jangan tari di atas lantai yang licin ini. [salah]
Jangan menari di atas lantai yang licin ini. [betul]

3 membazir
Kata kerja tak transitif di atas akan dianggap betul jika didahului awalan meN.
a) Jangan bazir semasa menggunakan air. [salah]
Jangan membazir semasa menggunakan air. [betul]
b) Adik suka bazir semasa menggunakan kertas. [salah]
Adik suka membazir semasa menggunakan kertas. [betul]

4 menangis
Kata 'menangis' tidak betul jika tidak disertai awalan meN.
a) 'Usah tangis lagi, adik," kata Ali kepada adiknya. [salah]
'Usah menangis algi, adik," kata Ali kepada adiknya. [betul]
b) Aminah suka tangis apabila mengenangi arwah ibunya. [salah]
Aminah suka menangis apabila mengenangi arwah ibunya. [betul]



Jadi jawapan kepada soalan Kata kerja tak transitif yang perlu disertai awalan meN

Semua bahan ini untuk menjawab soalan Kata kerja tak transitif yang perlu disertai awalan meN , Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.

Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran Kata kerja tak transitif yang perlu disertai awalan meN Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/07/kata-kerja-tak-transitif-yang-perlu.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.