Contoh Kata kerja dalam ayat penyata perlu berawalan meN

Contoh Kata kerja dalam ayat penyata perlu berawalan meN - helo kawan soalan dan jawapan, Belajar tentang perkongsian pengajaran kali ini bertajuk Contoh Kata kerja dalam ayat penyata perlu berawalan meN , dalam membantu untuk menjawab soalan atau membantu pembelajaran Ye, Mudah-mudahan kandungan posting soalan dan jawapan yang saya kongsi ini anda boleh faham, jika terdapat sebarang masalah Sila berasa bebas untuk komen.

Masalah pautan : Contoh Kata kerja dalam ayat penyata perlu berawalan meN

See also


Contoh Kata kerja dalam ayat penyata perlu berawalan meN

Contoh Kata kerja dalam ayat penyata perlu berawalan meN
Jawapan:

1 Dia beli senaskhah surat khabar dari gerai itu. [salah]
Penerangan:
Kata 'beli' dalam ayat 1 ialah kata kerja transitif kerana mempunyai objek, iaitu 'senaskah surat khabar'. Menurut hukum tatabahasa, kata kerja transitif perlu berawalan meN dalam ayat penyata. Oleh hal yang demikian, ayat 1 dianggap salah. Pembetulannya adalah seperti ayat 2.

2 Dia membeli senaskhah surat khabar dari gerai itu. [betul]

Contoh-contoh lain ditunjukkan di bawah ini.

3 a) Kami ingin pohon jawatan kosong itu. [salah]
b) Kami ingin memohon jawatan kosong itu. [betul]

4 a) Hassan suka rasa laksa yang dimasak oleh ibunya. [salah]
b) Hassan suka merasa laksa yang dimasak oleh ibunya. [betul]

5 a) Dia banyak dapat hadiah pada hari jadinya. [salah]
b) Dia banyak mendapat hadiah pada hari jadinya. [betul]

6 a) Johari gunakan tangan kiri semasa menulis sesuatu. [salah]
b) Johari menggunakan tangan kiri semasa menulis sesuatu. [betul]

7 a) Saya tulis sepucuk surat kepada abang kelmarin. [salah]
b) Saya menulis sepucuk surat kepada abang kelmarin. [betul]

8 a) Pustakawan itu sedang susun buku. [salah]
b) Pustakawan itu sedang menyusun buku. [betul]

9 a) Ayah akan cat pagar esok. [salah]
b) Ayah akan mengecat pagar esok. [betul]

10 a) Kapten bola sepak itu julang piala yang dimenangi oleh pasukannya. [salah]
b) Kapten bola sepak itu menjulang piala yang dimenangi oleh pasukannya. [betul]

Terdapat pengecualian tentang hukum tersebut, iaitu perkataan 'makan' and 'minum' boleh digunakan tanpa awalan meN dalam ayat penyata.
Contoh-contohnya:
11 Saya suka makan mi goreng.
12 Adik minum susu setiap hari.

Jika kata ganti nama 'nya' terdapat di belakang 'makan' atau 'minum', awalan meN perlu disertakan. Lihatlah contoh-contoh yang berikut:
13 a) Dia makannya secara gelojoh. [salah]
b) Dia memakannya secara gelojoh. [betul]

14 a) Lina minumnya dengan segera. [salah]
b) Lina meminumnya dengan segera. [betul]



Jadi jawapan kepada soalan Contoh Kata kerja dalam ayat penyata perlu berawalan meN

Semua bahan ini untuk menjawab soalan Contoh Kata kerja dalam ayat penyata perlu berawalan meN , Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada semua. Well, Semua ini menyiarkan soalan dan jawapan yang buat masa ini.

Anda sedang membaca artikel tentang pelajaran Contoh Kata kerja dalam ayat penyata perlu berawalan meN Pelajaran ini dan url artikel ini permalinknya https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/07/contoh-kata-kerja-dalam-ayat-penyata.html Semoga bahan artikel yang boleh membantu jawab soalan terpelihara rakan, baik belajar.